Cuti-cuti Malaysia

Friday, December 26, 2008


Time aku tulis entry ni aku kat dalam bilik hotel kat Penang. Family vacation. Pagi tadi gerak dari KL dlm pukul 10.30 pagi. Pukul 5.30 sampai kat Penang. Check in kat Dorsett Regency Hotel. Mula2 nak check in kat Gurney Hotel tp full. Cantik hotel ni. Dulu nama hotel ni Sheraton. Nanti aku upload picture.

Aku tgh tunggu family members aku yg lain bersiap-siap. We all nak gi dinner. Tak tau lagi nak makan katne. Perut aku lapar tahap gaban nih. Anak-anak sedara aku dah macam tarzan dah sorang2. Jerit2. Lapar. Aku stop dulu. Lps balik dr dinner kang aku sambung balik ye.

Read more...

Mini Karnival Pekerjaan

Monday, December 22, 2008


Saja nak enterframe laptop kesayangan i huhuhuhu


Antara pengunjung Mini Karnival. Rata-rata lepasan dari ILP, IKM dan Akademi Binaan CIDB

Yg ni lak antara yg candidate yg tgh isi borang. Awal pagi agak slow sikit sambutan. Hari jumaat lak tue.

Yang duduk tue Eza, berdiri pakai baju kurung biru tue Feza, yg sblh dia tue Murali & yg plg hujung tue Zack. Aku tukang snap gambar.



Ni pic time company tempat aku keje participate dalam Mini Karnival Pekerjaan Anjuran Jabatan Tenaga Kerja. Actually prohram tue bulan November hari tue. Aku ni biasalah slow. Ni first time tempat keje aku join karnival camni. Kiranya pengalaman pertama lah ni. Not badlah. Ramai gak candidate yang berkelayakan apply time syg coz kelayakan dorang tue tak sesuai untuk position yang kitorang offer. Apa pun aku puas hati coz dapat kutip satu lagi pengalaman baru dalam dunia pekerjaan aku.

Read more...

Aku, Broadband dan Blogku.....huhuhuhu

Friday, December 19, 2008

Arghhhhhhhhhhhhhh....at last dapat gak aku update blog. Dah lama terbengkalai nih. Broadband aku hilang pasal tue tak dapat nak update blog. Hangin betul aku. Nak replace broadband baru aku kena bayar RM830. Giler. Kalu nak terminate lak kena tmbh lagi RM200. Hmmmm....leceh.

Ni aku online guna handphone. Lg puas hati. Aku subscribe pakej celcom Broadband Daily byr RM6. Bolehlah daripada takde.

Read more...

Aku dan Opismateku

Sunday, November 16, 2008

Opismate aku Murali, Lin, Feza dan Eza

Yg ni lak Feza


Ya Allah! Lama betul aku tak update blog huhuhuhu....aku bz sangat dgn mcm2 urusan ditambah lagi dgn broadband aku yg tak ok lagi. Ni pun ambil peluang guna wifi kt umah adik. Susahlah takde broadband. Kerja-kerja jadi tertangguh. Nasible rumah adik ni ada langgan wifi. Dapatlah menumpang. Pic kat atas ni time birthday officemate aku, Feza ataupun aku dgn Jijah panggil dia "Dak Tecik" sebab kat opis tue dialah yg paling bongsu. Sorilah Feza akak baru letak kat blog pic birthday ari tue.


Read more...

Suka-suka

Friday, September 26, 2008



Poyo giler muka minah dalam gambar nih...hahahahahaha

Read more...

Monday, September 22, 2008





Alhamdullilah, akhirnya selesai juga pogram yang kami rancangkan 2 minggu lalu. Semalam telah berlangsung 2 program anjuran Puteri UMNO Bahagian Segambut. Pada sebelah pagi, kami telah membawa 16 orang anak-anak yatim dari Bahagian Segambut membeli-belah di Metrojaya Bukit Bintang. Anak-anak yatim ini telah dikenalpasti oleh Ketua-ketua Puteri Cawangan. Rasa seronok sangat bila tengok adik-adik ni semuanya gembira dapat baju dan kasut baru.



Pada sebelah petang bertempat di Masjid Al-Qurtubi telah berlangsung pula Majlia Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa. Majlis Khatam telah disertai seramai 22 orang ahli puteri dari cawangan- cawangan. Ahli puteri dari cawangan aku ada 5 orang. Sambutan untuk majlis khatam sangat-sangat menggalakkan. Tahniah Kawan-kawan Puteri!! Korang dah buktikan yang puteri bukan hanya kejar dunia tapi tambah saham akhirat gak!!!!!

Wajah-wajah Puteri dari cawanganku. Comel-comel belaka kan.

Oklah nanti aku update lagi pic yg menarik. Mata dah ngantok sebenarnya dan ditambah lak dgn kelajuan broadband aku yang teramat lajunya. Papai!!!!!

Read more...

Makan2........Cheng Ho

Saturday, September 6, 2008

Pic ni time aku dgn adik-beradik aku gi makan kat restoran Cheng Ho milik Amy Search. Sedap makanan kt situ. Menu kat atas Crab Butter Salted With Egg. Sedap giler.

Yg ni lak air Honeydew. Yg belakang tue Tomyam & Butter Prawn.




Yg ni lak pic org tgh lapar, Kak Long dgn Syira.


Pic ni lak tersalah topik. sebenarnya salah upload. Aku delete tapi xleh lak. Redah jelah. Pic ni amik kat Permatang Pauh time by-election ari tue.

Read more...

FISH SPA

Sebenarnya pic ni dah lama simpan dlm handphone. kononnya nak upload kat blog tapi laptop lak buat hal, pastue nk upload gna PC ni agak lembab sikit so lama gak le pic ni diperap dlm memori kad handphone. Actually ari tue aku dgn kak long dan anak2 dia syira dgn adam pegi main bowlig kat shopping complex yg baru buka kat area umah kitorang. Lepas main bowling tue on the way nak balik lalu kt tepi tmpat Fish Spa ni and macam biasalah Si Adam ni suka merengek benda yg pelik2. So lepas sesi pujuk-memujuk akhirnya adam, syira dgn kak long buat Fish Spa ni.

Aku tanya kat dorang apa rasa ikan kecik tue gigit. Kak Long kata geli, Adam pun kata geli.

Yg atas ni Pic kaki Kak Long

Yg atas ni lak pic kaki ada sorang customer india sebelum kak long

Yg ni pic kaki Syira

Finally yg ni pic kaki Adam

Aku rasa mcm nak try tapi aku ni tak tahan geli. Sedangkan semut lalu kat atas kaki pun aku tak tahan inikan pulak ikan kecil ni dok gigit-gigit kaki aku lagilah aku tak tahan. Silap-silap aku pijak lak ikan kecik tu nanti.

Read more...

CINTA TAK PERLU ADA SEBAB

Thursday, September 4, 2008








Saya check email pagi tadi. Ada satu email yang menarik perhatian saya yang dihantar oleh seorang rakan lama. Hati jadi tergerak untuk berkongsi email tue dgn yg lain. Apa yang menarik perhatian saya apabila dlm email tue ada dinyatakan bahawa cinta tidak perlu ada sebab kerana kadangkala perkara terindah dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang namun ia boleh dirasai dalam hati...


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini dialog mereka:

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai syg!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata 'Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!'

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini: 'Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu....sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara terindah dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.'



Read more...

SATU LAGI KEBANGGAAN PROTON (Sumber Gambar : c-bok.blogspot.com)

Wednesday, September 3, 2008













Hebat Proton. Dah ada MPV sendiri. Sekarang kita dah boleh berbangga dengan MPV buatan Malaysia. Cantik. Nak suruh kak long beli le MPV ni memandangkan dia skang pun tgh dok usha kereta baru menggantikan Citra yg hilang ari tue. Berapa seater eik MPV ni?



Read more...

DUIT RAYA OH! DUIT RAYA

Tuesday, September 2, 2008








Gambar sekadar hiasan

Salam

Tahun lepas aku bisnes biskut raya share dgn my sis tp cuma 1 jenis je. Tahun ni kitorang buat byk sikit. Nak cari duit raya.....

a. Biskut Almond London 50 biji++++ RM20.00

b. Tart Nenas Gulung 50 biji++++ RM20.00

c. Biskut Gajus 50 biji++++ RM18.00

d. Biskut Makmur 50 biji++++ RM18.00

e. Bskut Cornflakes Chocolate 50 biji++++ RM18.00

f. Biskut Cornflakes Madu 50 biji++++ RM18.00

Sekiranya berminat boleh email ke suriya.mohamad@gmail.com / mohamadmaslinda@gmail.com / chubby_gurlz78@yahoo.com

Penghantaran boleh dirundingkan kemudian.

Read more...

Marhabban Ya Ramadhan

Saturday, August 30, 2008


Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah! Tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum masuk bulan Ramadhan mereka tidak lakukan hal-hal berikut:


1. Tidak memohon maaf kepada orang tuanya (jika masih hidup)
2. Tidak bermaafan suami isteri
3. Tidak bermaafan dengan orang-orang sekitarnya

Dikesempatan yang ada ini aku ingin memohon kemaafan daripada kwn2 semua andai terdapat sebarang catatan atau coretanku yang telah menyinggung hati kalian. Aku hanya manusia biasa yang tak pernah lari membuat kesilapan. Semoga kita semua mendapat barakah Ramadhan ini. Selamat beriman dan Beramal.

Renungan:-

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."




















Read more...

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Thursday, August 28, 2008


Lama betul tak update blog. Sibuk dgn macam2 urusan tapi penghalang utama yang sebenarnya adalah Laptop yang rosak. Dah dekat seminggu laptop tue takleh guna. Kata Doktor yang merawat, sebenarnya skrin laptop tue yang problem. Masalah dengan LCD. Hmmm....macam2 hal. Terpaksalah online guna desktop ni. Bukan taknak guna desktop tapi desktop ni slow sangat. Mungkin memori low. Anyway laptop pun dah dihantar ke ICU utk rawatan lanjut.

Lupakan jap pasal laptop aku yang meragam tue. Apa yang aku nak cete hari ni pasal sambutan kemerdekaan yang aku tak rasa langsung kehangatannya. Tak macam tahun2 sebelumnya. Sambutan kemerdekaan pada tahun ni bagi aku mcm takde apa2. Tak nampak meriah pun kereta -kereta kibarkan JALUR GEMILANG. Aku rasa kat radio2 pun semacam kurang publisiti tentang kemerdekaan (melainkan di radio RTM). Kenapa eik? Mungkin ke kerana kehangatan Pilhanraya Kecil Permatang Pauh telah menenggelamkan cerita tentang sambutan kemerdekaan? Ataupun kerana sibuknya dengan Mesyuarat2 Cawangan yang telah mengambil alih cerita tentang kemerdekaan? Entahlah.............

Walau apa pun aku tetap nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 51 TAHUN untuk Negaraku Tercinta MALAYSIA.


PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
AKU BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA!!!!!!

Read more...

Friday, August 22, 2008



Terima kasihlah untuk kawan-kawan puteri dari cawangan-cawangan yang dah bersidang kerana mencalonkan nama saya ke G2. Ni baru 1st round. Lepas ni 2nd round lak. Korang2 jgn lupe vote Kak Mazni ye untuk G2 nanti. Tak sabar rasanya nak ke Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia. Bukannya apa tak sabar nak memangkah Bakal Ketua Puteri Malaysia yang bakal menerajui kepimpinan puteri di peringkat tertinggi nanti.

Setakat ni aku dah berkesempatan berjumpa dengan YB Datuk Shahaniza dan Ybhg Datin Ismalina. Bagi aku kedua2nya mempunyai kelebihan masing-masing dalam mentadbir Puteri UMNO. Kak Shah dan Kak Ina ada misi dan visi mereka sendiri untuk memajukan puteri. Cuma apa yang diharapkan baik siapa pun yang dipilih untuk menjadi Ketua Puteri Malaysia, biarlah calon itu nanti benar-benar dapat membawa suara puteri dari akar umbi.

Kepada bakal2 perwakilan, buatlah keputusxan dengan bijak. Anda penentu masa depan puteri.

GENERASI WANITA PRIHATIN - PRIHATIN BERILMU







Nota: Gambar2 dari www.ismalina.blogspot.com dan www.pink-ants.blogspot.com

Read more...

MANISNYA......

Thursday, August 21, 2008



Malam ni mesyuarat terakhir puteri umno cawangan2. Klu takde apa2 masalah, nmpknya sahlah jwtn ketua dan naib ketua puteri bahagian tiada pertandingan. Alhamdullilah. Bukan mudah sebenarnya nak menyatukan balik 2 kumpulan yang telah berpecah akibat pemilihan 2004. Mengimbas kembali sejarah pemilihan 2004, Puteri UMNO Bahagian Segambut sama juga dengan bahagian2 lain. Ada pertandingan. Sangat susah waktu tu kerana dari 1 kumpulan telah berpecah kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan Kak Fiona (Team A) dan 1 lagi kumpulan Kak Nuri (Team B). Bayangkanlah ahli puteri di segambut pada waktu tu bukan ramai pun. Klu tak silap hanya ada 15 cawangan je. Tiap2 malam terpaksa balik hingga awal pagi hanya kerana nak jaga perwakilan supaya tak lari ke Team B. Kumpulan kami waktu tue takde dibantu oleh pemuda. Pandai2 sendirilah.


Tapi hari ini semuanya dah berubah (alhamdullilah). Kedua2 Team dah bersatu. Cawangan puteri yang dulu hanya ada 15 sekarang dah bertambah. Kak Fiona dan Kak Nuri dah boleh duduk bergurau mcm dulu2.

Alangkah ruginya masa berpecah dulu. Bila kita bersatu semua urusan jadi mudah. Puteri yang sedikit nampak ramai.

Saya sentiasa berharap dan berdoa agar2 kawan puteri di bahagian lain yang mengalami pertandingan di peringkat puteri bahagian agar jangan bermush sesama sendiri. cepat2lah rapatkan semula barisan yang dah renggang kerana hanya dengan PERPADUAN akan dapat menjamin kejayaan sesebuah organisasi.




U_Know_I_Love_U

Read more...

Macam-macam

Saturday, August 9, 2008


Hari Ahad minggu lepas Cawangan aku bersidang. Aku memang btl2 tak jangka yang ahli2 pu3 cawangan aku trn seramai tue. Mula2 dah risau gak tkt tk cukup korum tp bila jam dah dkt kul 3ptg je ari tue aku tgk ramai lak pu3 yg datang.

Terima kasih kawan2 dan adik2 kerana masih lagi memberi ruang untuk aku menerajui kepimpinan pu3 cawangan sg udang dan trs berbakti pd pu3 Sg Udang. aku pun dah ada mcm2 perancangan tp lps persidangan pu3 bhgn bru blh laksana.

Hmmm....semalam 08.08.08 ada yang kata tarikh bertuah tp tarikh tue tak mungkin kami sekeluarga akan lupakan especially kak long aku. pada tarikh tue Kereta Naza Citra kesayangan dia kena curi. hamlau punya penyangak. aku tau mcm mana perasaan kak long tp dia tk tunjuk. she try to control her feelings and emotion. tkpelah kak long be strong. ada rezeki kita bli kereta yang lain. biarkan penyangak bangang tue tak aman hidup dia...huhh!!!


P/S : Pic dgn cete tkde kena-mengena huhuhuhu

Read more...

Aku dan Weekendku

Sunday, August 3, 2008

Hari ni puteri cawangan aku bersidang. hmmm kul 2.30 jap lagi dah kena ada kat pejabat bahagian. aku bila bab2 nak persidangan cawangan je mulalah rasa nervos semcm. yelah aku ni bknnya apa, risau kalu2 shbt2 puteri cwgn aku tue ramai yg tak datang. harus tk cukup korum aku nih tp insyaalah aku yakin dgn shbt2 aku. masing2 tau tanggungjawab. aku sayang korang.

KSU Princess Rawk!!

Read more...

Weekendku.....

Sunday, July 13, 2008


Hari ahad last week aku gi umah Ieta. Dia wat bday party. Wah bestlah Ieta. Mcm2 mak dia masak. Apa yang aku nak cete ni bkn psl bday party Ieta tp psl pokok yg kat dlm image ni. Pokok ni takde sehelai daun pun. Ieta kata pokok ni dh lama ada. Btl2 kt tepi umah dia. Aku tanya dia tk tkt ke pokok ni tumbang hempap umah dia tp dia kata ok je. Unik le. Tkpelah Ieta nanti bole wat gantung kad raya kt pokok ni.

Aku skang ni ada kt PD. Bercuti dgn famili. Kitorang stay kt Ancasa Allsuites Resorts and SPA. Best gak tmpt ni. Dkt dgn Teluk Kemang. Decoration dlm apartment pun cantik. Kononnya nak bercuti sblm start dgn minggu2 yang memenatkan tp aku tetap bz gak dgn report2 yang perlu aku siapkan. Dipendekkan cete dorang semua syok2 bersuka ria, mandi-manda aku lak sibuk ngadap laptop kesayanganku.


Semalam seharian aku dok ngadap benda ni. Nak buat kena buat summary lagi tp masih ada lagi details yg tk complete.


Nasib le ada benda ni. klu tak boring gak hidup. Yelah kt sini wifi hanya ada kt lobby je.





U_Know_I_Love_U

Read more...

Epal Oh! Epal

Saturday, July 5, 2008

Sekurang-kurangnya 55 juta tan epal telah dibesarkan seluruh dunia pada 2005, dengan nilai sekitar $10 bilion.
China menghasilkan sekitar dua-perlima dari jumlah ini Amerika Syarikat merupakan penghasil terkemuka kedua, dengan lebih dari 7.5% dari produksi dunia.




Kajian mencadangkan bahawa epal mungkin mengurangkan risiko kanser kolon, kanser prostat dan kanser peparu. Seperti kebanyakan buah, epal mengandungi Vitamin C baik juga sebagai hos dari sebatian antioksidan lain, iaitu mungkin mengurangkan risiko kanser dengan menghalang kerosakan DNA. Kandungan fiber, sementara kurang dari kebanyakan buah lain, membantu mengawal pergerakan usus dan mungkin demikian mengurangkan risiko kanser kolon. Mereka mungkin juga membantu dengan penyakit jantung, kehilangan berat badan dan mengawal kolesterol, laksana mereka tidak mempunyai sebarang kolesterol, mempunyai fiber (iaitu mengurangkan kolesterol dengan menghalang resapan semula), dan adalah bulki untuk kandungan kalorik mereka seperti kebanyakan buah dan sayur.

Turki, Perancis, Itali dan Iran adalah di kalangan pengeksport epal terkemuka.



Sekumpulan kimia dalam epal akan melindungi otak dari jenis kerosakan yang mencetuskan penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer's dan Parkinsonisme. Chang Y. 'Cy' Lee dari Universiti Cornell menemui iaitu fenolik epal, yang semujadinya melakukan antioksidan yang dijumpai dalam epal segar, boleh melindungi sel saraf dari neurotoksisiti yang dirangsankan oleh stres oksidatif. Para penyelidik menggunakan epal lazat merah dari Negeri New York bagi memberikan ekstrak untuk mengkaji kesan dari fitokimia. Lee berkata bahawa semua isi epal dan kulit berbeza dari tahun ke tahun, musim ke musim dan dari rantau membesar ke rantau membesar (Isu Jurnal Sains Makanan November/Disember 2004). Fitokimia fenolik yang pradominan dalam epal ialah quercetin, epicatechin, dan procyanidin B2.

Biji adalah sedikit beracun, mengandungi kadar kecil dari amygdalin, suatu cyanogenic glycoside, tetapi kadar besar akan perlu dikunyah bagi mempunyai sebarang kesan toksik.

Penggunaan epal boleh membantu membuang makanan terperangkap dan membersih antara gigi-gigi, tetapi asid malik yang mengandungi di dalam buah juga berupaya menghakiskan enamel gigi mengikut masa, dan melalui penggunaan berlebihan.



U_Know_I_Love_U

Read more...

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP