MANISNYA......

Thursday, August 21, 2008



Malam ni mesyuarat terakhir puteri umno cawangan2. Klu takde apa2 masalah, nmpknya sahlah jwtn ketua dan naib ketua puteri bahagian tiada pertandingan. Alhamdullilah. Bukan mudah sebenarnya nak menyatukan balik 2 kumpulan yang telah berpecah akibat pemilihan 2004. Mengimbas kembali sejarah pemilihan 2004, Puteri UMNO Bahagian Segambut sama juga dengan bahagian2 lain. Ada pertandingan. Sangat susah waktu tu kerana dari 1 kumpulan telah berpecah kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan Kak Fiona (Team A) dan 1 lagi kumpulan Kak Nuri (Team B). Bayangkanlah ahli puteri di segambut pada waktu tu bukan ramai pun. Klu tak silap hanya ada 15 cawangan je. Tiap2 malam terpaksa balik hingga awal pagi hanya kerana nak jaga perwakilan supaya tak lari ke Team B. Kumpulan kami waktu tue takde dibantu oleh pemuda. Pandai2 sendirilah.


Tapi hari ini semuanya dah berubah (alhamdullilah). Kedua2 Team dah bersatu. Cawangan puteri yang dulu hanya ada 15 sekarang dah bertambah. Kak Fiona dan Kak Nuri dah boleh duduk bergurau mcm dulu2.

Alangkah ruginya masa berpecah dulu. Bila kita bersatu semua urusan jadi mudah. Puteri yang sedikit nampak ramai.

Saya sentiasa berharap dan berdoa agar2 kawan puteri di bahagian lain yang mengalami pertandingan di peringkat puteri bahagian agar jangan bermush sesama sendiri. cepat2lah rapatkan semula barisan yang dah renggang kerana hanya dengan PERPADUAN akan dapat menjamin kejayaan sesebuah organisasi.




U_Know_I_Love_U

2 comments:

Catwoman August 24, 2008 at 3:07 PM  

Peace!! Kat Hotel mana engkorang lepak ni?The very the grand la.

CikSenget a.k.a Selendangpink August 26, 2008 at 11:45 AM  

Ni pic time meeting kat Hotel Corus, KL.

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP