Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Thursday, August 28, 2008


Lama betul tak update blog. Sibuk dgn macam2 urusan tapi penghalang utama yang sebenarnya adalah Laptop yang rosak. Dah dekat seminggu laptop tue takleh guna. Kata Doktor yang merawat, sebenarnya skrin laptop tue yang problem. Masalah dengan LCD. Hmmm....macam2 hal. Terpaksalah online guna desktop ni. Bukan taknak guna desktop tapi desktop ni slow sangat. Mungkin memori low. Anyway laptop pun dah dihantar ke ICU utk rawatan lanjut.

Lupakan jap pasal laptop aku yang meragam tue. Apa yang aku nak cete hari ni pasal sambutan kemerdekaan yang aku tak rasa langsung kehangatannya. Tak macam tahun2 sebelumnya. Sambutan kemerdekaan pada tahun ni bagi aku mcm takde apa2. Tak nampak meriah pun kereta -kereta kibarkan JALUR GEMILANG. Aku rasa kat radio2 pun semacam kurang publisiti tentang kemerdekaan (melainkan di radio RTM). Kenapa eik? Mungkin ke kerana kehangatan Pilhanraya Kecil Permatang Pauh telah menenggelamkan cerita tentang sambutan kemerdekaan? Ataupun kerana sibuknya dengan Mesyuarat2 Cawangan yang telah mengambil alih cerita tentang kemerdekaan? Entahlah.............

Walau apa pun aku tetap nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 51 TAHUN untuk Negaraku Tercinta MALAYSIA.


PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
AKU BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA!!!!!!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP