Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Thursday, August 28, 2008


Lama betul tak update blog. Sibuk dgn macam2 urusan tapi penghalang utama yang sebenarnya adalah Laptop yang rosak. Dah dekat seminggu laptop tue takleh guna. Kata Doktor yang merawat, sebenarnya skrin laptop tue yang problem. Masalah dengan LCD. Hmmm....macam2 hal. Terpaksalah online guna desktop ni. Bukan taknak guna desktop tapi desktop ni slow sangat. Mungkin memori low. Anyway laptop pun dah dihantar ke ICU utk rawatan lanjut.

Lupakan jap pasal laptop aku yang meragam tue. Apa yang aku nak cete hari ni pasal sambutan kemerdekaan yang aku tak rasa langsung kehangatannya. Tak macam tahun2 sebelumnya. Sambutan kemerdekaan pada tahun ni bagi aku mcm takde apa2. Tak nampak meriah pun kereta -kereta kibarkan JALUR GEMILANG. Aku rasa kat radio2 pun semacam kurang publisiti tentang kemerdekaan (melainkan di radio RTM). Kenapa eik? Mungkin ke kerana kehangatan Pilhanraya Kecil Permatang Pauh telah menenggelamkan cerita tentang sambutan kemerdekaan? Ataupun kerana sibuknya dengan Mesyuarat2 Cawangan yang telah mengambil alih cerita tentang kemerdekaan? Entahlah.............

Walau apa pun aku tetap nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 51 TAHUN untuk Negaraku Tercinta MALAYSIA.


PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
AKU BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA!!!!!!

Read more...

Friday, August 22, 2008



Terima kasihlah untuk kawan-kawan puteri dari cawangan-cawangan yang dah bersidang kerana mencalonkan nama saya ke G2. Ni baru 1st round. Lepas ni 2nd round lak. Korang2 jgn lupe vote Kak Mazni ye untuk G2 nanti. Tak sabar rasanya nak ke Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia. Bukannya apa tak sabar nak memangkah Bakal Ketua Puteri Malaysia yang bakal menerajui kepimpinan puteri di peringkat tertinggi nanti.

Setakat ni aku dah berkesempatan berjumpa dengan YB Datuk Shahaniza dan Ybhg Datin Ismalina. Bagi aku kedua2nya mempunyai kelebihan masing-masing dalam mentadbir Puteri UMNO. Kak Shah dan Kak Ina ada misi dan visi mereka sendiri untuk memajukan puteri. Cuma apa yang diharapkan baik siapa pun yang dipilih untuk menjadi Ketua Puteri Malaysia, biarlah calon itu nanti benar-benar dapat membawa suara puteri dari akar umbi.

Kepada bakal2 perwakilan, buatlah keputusxan dengan bijak. Anda penentu masa depan puteri.

GENERASI WANITA PRIHATIN - PRIHATIN BERILMU







Nota: Gambar2 dari www.ismalina.blogspot.com dan www.pink-ants.blogspot.com

Read more...

MANISNYA......

Thursday, August 21, 2008



Malam ni mesyuarat terakhir puteri umno cawangan2. Klu takde apa2 masalah, nmpknya sahlah jwtn ketua dan naib ketua puteri bahagian tiada pertandingan. Alhamdullilah. Bukan mudah sebenarnya nak menyatukan balik 2 kumpulan yang telah berpecah akibat pemilihan 2004. Mengimbas kembali sejarah pemilihan 2004, Puteri UMNO Bahagian Segambut sama juga dengan bahagian2 lain. Ada pertandingan. Sangat susah waktu tu kerana dari 1 kumpulan telah berpecah kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan Kak Fiona (Team A) dan 1 lagi kumpulan Kak Nuri (Team B). Bayangkanlah ahli puteri di segambut pada waktu tu bukan ramai pun. Klu tak silap hanya ada 15 cawangan je. Tiap2 malam terpaksa balik hingga awal pagi hanya kerana nak jaga perwakilan supaya tak lari ke Team B. Kumpulan kami waktu tue takde dibantu oleh pemuda. Pandai2 sendirilah.


Tapi hari ini semuanya dah berubah (alhamdullilah). Kedua2 Team dah bersatu. Cawangan puteri yang dulu hanya ada 15 sekarang dah bertambah. Kak Fiona dan Kak Nuri dah boleh duduk bergurau mcm dulu2.

Alangkah ruginya masa berpecah dulu. Bila kita bersatu semua urusan jadi mudah. Puteri yang sedikit nampak ramai.

Saya sentiasa berharap dan berdoa agar2 kawan puteri di bahagian lain yang mengalami pertandingan di peringkat puteri bahagian agar jangan bermush sesama sendiri. cepat2lah rapatkan semula barisan yang dah renggang kerana hanya dengan PERPADUAN akan dapat menjamin kejayaan sesebuah organisasi.




U_Know_I_Love_U

Read more...

Macam-macam

Saturday, August 9, 2008


Hari Ahad minggu lepas Cawangan aku bersidang. Aku memang btl2 tak jangka yang ahli2 pu3 cawangan aku trn seramai tue. Mula2 dah risau gak tkt tk cukup korum tp bila jam dah dkt kul 3ptg je ari tue aku tgk ramai lak pu3 yg datang.

Terima kasih kawan2 dan adik2 kerana masih lagi memberi ruang untuk aku menerajui kepimpinan pu3 cawangan sg udang dan trs berbakti pd pu3 Sg Udang. aku pun dah ada mcm2 perancangan tp lps persidangan pu3 bhgn bru blh laksana.

Hmmm....semalam 08.08.08 ada yang kata tarikh bertuah tp tarikh tue tak mungkin kami sekeluarga akan lupakan especially kak long aku. pada tarikh tue Kereta Naza Citra kesayangan dia kena curi. hamlau punya penyangak. aku tau mcm mana perasaan kak long tp dia tk tunjuk. she try to control her feelings and emotion. tkpelah kak long be strong. ada rezeki kita bli kereta yang lain. biarkan penyangak bangang tue tak aman hidup dia...huhh!!!


P/S : Pic dgn cete tkde kena-mengena huhuhuhu

Read more...

Aku dan Weekendku

Sunday, August 3, 2008

Hari ni puteri cawangan aku bersidang. hmmm kul 2.30 jap lagi dah kena ada kat pejabat bahagian. aku bila bab2 nak persidangan cawangan je mulalah rasa nervos semcm. yelah aku ni bknnya apa, risau kalu2 shbt2 puteri cwgn aku tue ramai yg tak datang. harus tk cukup korum aku nih tp insyaalah aku yakin dgn shbt2 aku. masing2 tau tanggungjawab. aku sayang korang.

KSU Princess Rawk!!

Read more...

Weekendku.....

Sunday, July 13, 2008


Hari ahad last week aku gi umah Ieta. Dia wat bday party. Wah bestlah Ieta. Mcm2 mak dia masak. Apa yang aku nak cete ni bkn psl bday party Ieta tp psl pokok yg kat dlm image ni. Pokok ni takde sehelai daun pun. Ieta kata pokok ni dh lama ada. Btl2 kt tepi umah dia. Aku tanya dia tk tkt ke pokok ni tumbang hempap umah dia tp dia kata ok je. Unik le. Tkpelah Ieta nanti bole wat gantung kad raya kt pokok ni.

Aku skang ni ada kt PD. Bercuti dgn famili. Kitorang stay kt Ancasa Allsuites Resorts and SPA. Best gak tmpt ni. Dkt dgn Teluk Kemang. Decoration dlm apartment pun cantik. Kononnya nak bercuti sblm start dgn minggu2 yang memenatkan tp aku tetap bz gak dgn report2 yang perlu aku siapkan. Dipendekkan cete dorang semua syok2 bersuka ria, mandi-manda aku lak sibuk ngadap laptop kesayanganku.


Semalam seharian aku dok ngadap benda ni. Nak buat kena buat summary lagi tp masih ada lagi details yg tk complete.


Nasib le ada benda ni. klu tak boring gak hidup. Yelah kt sini wifi hanya ada kt lobby je.





U_Know_I_Love_U

Read more...

Epal Oh! Epal

Saturday, July 5, 2008

Sekurang-kurangnya 55 juta tan epal telah dibesarkan seluruh dunia pada 2005, dengan nilai sekitar $10 bilion.
China menghasilkan sekitar dua-perlima dari jumlah ini Amerika Syarikat merupakan penghasil terkemuka kedua, dengan lebih dari 7.5% dari produksi dunia.




Kajian mencadangkan bahawa epal mungkin mengurangkan risiko kanser kolon, kanser prostat dan kanser peparu. Seperti kebanyakan buah, epal mengandungi Vitamin C baik juga sebagai hos dari sebatian antioksidan lain, iaitu mungkin mengurangkan risiko kanser dengan menghalang kerosakan DNA. Kandungan fiber, sementara kurang dari kebanyakan buah lain, membantu mengawal pergerakan usus dan mungkin demikian mengurangkan risiko kanser kolon. Mereka mungkin juga membantu dengan penyakit jantung, kehilangan berat badan dan mengawal kolesterol, laksana mereka tidak mempunyai sebarang kolesterol, mempunyai fiber (iaitu mengurangkan kolesterol dengan menghalang resapan semula), dan adalah bulki untuk kandungan kalorik mereka seperti kebanyakan buah dan sayur.

Turki, Perancis, Itali dan Iran adalah di kalangan pengeksport epal terkemuka.



Sekumpulan kimia dalam epal akan melindungi otak dari jenis kerosakan yang mencetuskan penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer's dan Parkinsonisme. Chang Y. 'Cy' Lee dari Universiti Cornell menemui iaitu fenolik epal, yang semujadinya melakukan antioksidan yang dijumpai dalam epal segar, boleh melindungi sel saraf dari neurotoksisiti yang dirangsankan oleh stres oksidatif. Para penyelidik menggunakan epal lazat merah dari Negeri New York bagi memberikan ekstrak untuk mengkaji kesan dari fitokimia. Lee berkata bahawa semua isi epal dan kulit berbeza dari tahun ke tahun, musim ke musim dan dari rantau membesar ke rantau membesar (Isu Jurnal Sains Makanan November/Disember 2004). Fitokimia fenolik yang pradominan dalam epal ialah quercetin, epicatechin, dan procyanidin B2.

Biji adalah sedikit beracun, mengandungi kadar kecil dari amygdalin, suatu cyanogenic glycoside, tetapi kadar besar akan perlu dikunyah bagi mempunyai sebarang kesan toksik.

Penggunaan epal boleh membantu membuang makanan terperangkap dan membersih antara gigi-gigi, tetapi asid malik yang mengandungi di dalam buah juga berupaya menghakiskan enamel gigi mengikut masa, dan melalui penggunaan berlebihan.



U_Know_I_Love_U

Read more...

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP