Suka-suka

Friday, September 26, 2008



Poyo giler muka minah dalam gambar nih...hahahahahaha

Read more...

Monday, September 22, 2008





Alhamdullilah, akhirnya selesai juga pogram yang kami rancangkan 2 minggu lalu. Semalam telah berlangsung 2 program anjuran Puteri UMNO Bahagian Segambut. Pada sebelah pagi, kami telah membawa 16 orang anak-anak yatim dari Bahagian Segambut membeli-belah di Metrojaya Bukit Bintang. Anak-anak yatim ini telah dikenalpasti oleh Ketua-ketua Puteri Cawangan. Rasa seronok sangat bila tengok adik-adik ni semuanya gembira dapat baju dan kasut baru.



Pada sebelah petang bertempat di Masjid Al-Qurtubi telah berlangsung pula Majlia Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa. Majlis Khatam telah disertai seramai 22 orang ahli puteri dari cawangan- cawangan. Ahli puteri dari cawangan aku ada 5 orang. Sambutan untuk majlis khatam sangat-sangat menggalakkan. Tahniah Kawan-kawan Puteri!! Korang dah buktikan yang puteri bukan hanya kejar dunia tapi tambah saham akhirat gak!!!!!

Wajah-wajah Puteri dari cawanganku. Comel-comel belaka kan.

Oklah nanti aku update lagi pic yg menarik. Mata dah ngantok sebenarnya dan ditambah lak dgn kelajuan broadband aku yang teramat lajunya. Papai!!!!!

Read more...

Makan2........Cheng Ho

Saturday, September 6, 2008

Pic ni time aku dgn adik-beradik aku gi makan kat restoran Cheng Ho milik Amy Search. Sedap makanan kt situ. Menu kat atas Crab Butter Salted With Egg. Sedap giler.

Yg ni lak air Honeydew. Yg belakang tue Tomyam & Butter Prawn.




Yg ni lak pic org tgh lapar, Kak Long dgn Syira.


Pic ni lak tersalah topik. sebenarnya salah upload. Aku delete tapi xleh lak. Redah jelah. Pic ni amik kat Permatang Pauh time by-election ari tue.

Read more...

FISH SPA

Sebenarnya pic ni dah lama simpan dlm handphone. kononnya nak upload kat blog tapi laptop lak buat hal, pastue nk upload gna PC ni agak lembab sikit so lama gak le pic ni diperap dlm memori kad handphone. Actually ari tue aku dgn kak long dan anak2 dia syira dgn adam pegi main bowlig kat shopping complex yg baru buka kat area umah kitorang. Lepas main bowling tue on the way nak balik lalu kt tepi tmpat Fish Spa ni and macam biasalah Si Adam ni suka merengek benda yg pelik2. So lepas sesi pujuk-memujuk akhirnya adam, syira dgn kak long buat Fish Spa ni.

Aku tanya kat dorang apa rasa ikan kecik tue gigit. Kak Long kata geli, Adam pun kata geli.

Yg atas ni Pic kaki Kak Long

Yg atas ni lak pic kaki ada sorang customer india sebelum kak long

Yg ni pic kaki Syira

Finally yg ni pic kaki Adam

Aku rasa mcm nak try tapi aku ni tak tahan geli. Sedangkan semut lalu kat atas kaki pun aku tak tahan inikan pulak ikan kecil ni dok gigit-gigit kaki aku lagilah aku tak tahan. Silap-silap aku pijak lak ikan kecik tu nanti.

Read more...

CINTA TAK PERLU ADA SEBAB

Thursday, September 4, 2008








Saya check email pagi tadi. Ada satu email yang menarik perhatian saya yang dihantar oleh seorang rakan lama. Hati jadi tergerak untuk berkongsi email tue dgn yg lain. Apa yang menarik perhatian saya apabila dlm email tue ada dinyatakan bahawa cinta tidak perlu ada sebab kerana kadangkala perkara terindah dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang namun ia boleh dirasai dalam hati...


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini dialog mereka:

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai syg!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata 'Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!'

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini: 'Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu....sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara terindah dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.'



Read more...

SATU LAGI KEBANGGAAN PROTON (Sumber Gambar : c-bok.blogspot.com)

Wednesday, September 3, 2008













Hebat Proton. Dah ada MPV sendiri. Sekarang kita dah boleh berbangga dengan MPV buatan Malaysia. Cantik. Nak suruh kak long beli le MPV ni memandangkan dia skang pun tgh dok usha kereta baru menggantikan Citra yg hilang ari tue. Berapa seater eik MPV ni?



Read more...

DUIT RAYA OH! DUIT RAYA

Tuesday, September 2, 2008








Gambar sekadar hiasan

Salam

Tahun lepas aku bisnes biskut raya share dgn my sis tp cuma 1 jenis je. Tahun ni kitorang buat byk sikit. Nak cari duit raya.....

a. Biskut Almond London 50 biji++++ RM20.00

b. Tart Nenas Gulung 50 biji++++ RM20.00

c. Biskut Gajus 50 biji++++ RM18.00

d. Biskut Makmur 50 biji++++ RM18.00

e. Bskut Cornflakes Chocolate 50 biji++++ RM18.00

f. Biskut Cornflakes Madu 50 biji++++ RM18.00

Sekiranya berminat boleh email ke suriya.mohamad@gmail.com / mohamadmaslinda@gmail.com / chubby_gurlz78@yahoo.com

Penghantaran boleh dirundingkan kemudian.

Read more...

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP