Marhabban Ya Ramadhan

Saturday, August 30, 2008


Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah! Tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum masuk bulan Ramadhan mereka tidak lakukan hal-hal berikut:


1. Tidak memohon maaf kepada orang tuanya (jika masih hidup)
2. Tidak bermaafan suami isteri
3. Tidak bermaafan dengan orang-orang sekitarnya

Dikesempatan yang ada ini aku ingin memohon kemaafan daripada kwn2 semua andai terdapat sebarang catatan atau coretanku yang telah menyinggung hati kalian. Aku hanya manusia biasa yang tak pernah lari membuat kesilapan. Semoga kita semua mendapat barakah Ramadhan ini. Selamat beriman dan Beramal.

Renungan:-

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."




















Read more...

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Thursday, August 28, 2008


Lama betul tak update blog. Sibuk dgn macam2 urusan tapi penghalang utama yang sebenarnya adalah Laptop yang rosak. Dah dekat seminggu laptop tue takleh guna. Kata Doktor yang merawat, sebenarnya skrin laptop tue yang problem. Masalah dengan LCD. Hmmm....macam2 hal. Terpaksalah online guna desktop ni. Bukan taknak guna desktop tapi desktop ni slow sangat. Mungkin memori low. Anyway laptop pun dah dihantar ke ICU utk rawatan lanjut.

Lupakan jap pasal laptop aku yang meragam tue. Apa yang aku nak cete hari ni pasal sambutan kemerdekaan yang aku tak rasa langsung kehangatannya. Tak macam tahun2 sebelumnya. Sambutan kemerdekaan pada tahun ni bagi aku mcm takde apa2. Tak nampak meriah pun kereta -kereta kibarkan JALUR GEMILANG. Aku rasa kat radio2 pun semacam kurang publisiti tentang kemerdekaan (melainkan di radio RTM). Kenapa eik? Mungkin ke kerana kehangatan Pilhanraya Kecil Permatang Pauh telah menenggelamkan cerita tentang sambutan kemerdekaan? Ataupun kerana sibuknya dengan Mesyuarat2 Cawangan yang telah mengambil alih cerita tentang kemerdekaan? Entahlah.............

Walau apa pun aku tetap nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 51 TAHUN untuk Negaraku Tercinta MALAYSIA.


PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
AKU BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA!!!!!!

Read more...

Friday, August 22, 2008



Terima kasihlah untuk kawan-kawan puteri dari cawangan-cawangan yang dah bersidang kerana mencalonkan nama saya ke G2. Ni baru 1st round. Lepas ni 2nd round lak. Korang2 jgn lupe vote Kak Mazni ye untuk G2 nanti. Tak sabar rasanya nak ke Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia. Bukannya apa tak sabar nak memangkah Bakal Ketua Puteri Malaysia yang bakal menerajui kepimpinan puteri di peringkat tertinggi nanti.

Setakat ni aku dah berkesempatan berjumpa dengan YB Datuk Shahaniza dan Ybhg Datin Ismalina. Bagi aku kedua2nya mempunyai kelebihan masing-masing dalam mentadbir Puteri UMNO. Kak Shah dan Kak Ina ada misi dan visi mereka sendiri untuk memajukan puteri. Cuma apa yang diharapkan baik siapa pun yang dipilih untuk menjadi Ketua Puteri Malaysia, biarlah calon itu nanti benar-benar dapat membawa suara puteri dari akar umbi.

Kepada bakal2 perwakilan, buatlah keputusxan dengan bijak. Anda penentu masa depan puteri.

GENERASI WANITA PRIHATIN - PRIHATIN BERILMU







Nota: Gambar2 dari www.ismalina.blogspot.com dan www.pink-ants.blogspot.com

Read more...

MANISNYA......

Thursday, August 21, 2008



Malam ni mesyuarat terakhir puteri umno cawangan2. Klu takde apa2 masalah, nmpknya sahlah jwtn ketua dan naib ketua puteri bahagian tiada pertandingan. Alhamdullilah. Bukan mudah sebenarnya nak menyatukan balik 2 kumpulan yang telah berpecah akibat pemilihan 2004. Mengimbas kembali sejarah pemilihan 2004, Puteri UMNO Bahagian Segambut sama juga dengan bahagian2 lain. Ada pertandingan. Sangat susah waktu tu kerana dari 1 kumpulan telah berpecah kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan Kak Fiona (Team A) dan 1 lagi kumpulan Kak Nuri (Team B). Bayangkanlah ahli puteri di segambut pada waktu tu bukan ramai pun. Klu tak silap hanya ada 15 cawangan je. Tiap2 malam terpaksa balik hingga awal pagi hanya kerana nak jaga perwakilan supaya tak lari ke Team B. Kumpulan kami waktu tue takde dibantu oleh pemuda. Pandai2 sendirilah.


Tapi hari ini semuanya dah berubah (alhamdullilah). Kedua2 Team dah bersatu. Cawangan puteri yang dulu hanya ada 15 sekarang dah bertambah. Kak Fiona dan Kak Nuri dah boleh duduk bergurau mcm dulu2.

Alangkah ruginya masa berpecah dulu. Bila kita bersatu semua urusan jadi mudah. Puteri yang sedikit nampak ramai.

Saya sentiasa berharap dan berdoa agar2 kawan puteri di bahagian lain yang mengalami pertandingan di peringkat puteri bahagian agar jangan bermush sesama sendiri. cepat2lah rapatkan semula barisan yang dah renggang kerana hanya dengan PERPADUAN akan dapat menjamin kejayaan sesebuah organisasi.




U_Know_I_Love_U

Read more...

Macam-macam

Saturday, August 9, 2008


Hari Ahad minggu lepas Cawangan aku bersidang. Aku memang btl2 tak jangka yang ahli2 pu3 cawangan aku trn seramai tue. Mula2 dah risau gak tkt tk cukup korum tp bila jam dah dkt kul 3ptg je ari tue aku tgk ramai lak pu3 yg datang.

Terima kasih kawan2 dan adik2 kerana masih lagi memberi ruang untuk aku menerajui kepimpinan pu3 cawangan sg udang dan trs berbakti pd pu3 Sg Udang. aku pun dah ada mcm2 perancangan tp lps persidangan pu3 bhgn bru blh laksana.

Hmmm....semalam 08.08.08 ada yang kata tarikh bertuah tp tarikh tue tak mungkin kami sekeluarga akan lupakan especially kak long aku. pada tarikh tue Kereta Naza Citra kesayangan dia kena curi. hamlau punya penyangak. aku tau mcm mana perasaan kak long tp dia tk tunjuk. she try to control her feelings and emotion. tkpelah kak long be strong. ada rezeki kita bli kereta yang lain. biarkan penyangak bangang tue tak aman hidup dia...huhh!!!


P/S : Pic dgn cete tkde kena-mengena huhuhuhu

Read more...

Aku dan Weekendku

Sunday, August 3, 2008

Hari ni puteri cawangan aku bersidang. hmmm kul 2.30 jap lagi dah kena ada kat pejabat bahagian. aku bila bab2 nak persidangan cawangan je mulalah rasa nervos semcm. yelah aku ni bknnya apa, risau kalu2 shbt2 puteri cwgn aku tue ramai yg tak datang. harus tk cukup korum aku nih tp insyaalah aku yakin dgn shbt2 aku. masing2 tau tanggungjawab. aku sayang korang.

KSU Princess Rawk!!

Read more...

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP