Todays Lunch Delivery Menu 22/4/2010

Thursday, April 22, 2010


Menu for todays Lunch delivery : Nasi Putih with Ikan Kembong Goreng Berlada, Sayur Kobis Masak Lemak


Kalau nak order just sms 012 9766545 (Baby)


Menu For Tomorrow 23/4/2010 (Friday)

Nasi Putih
Ayam Masak Merah
Sup Sayur Petola campur kentang RM5.00

Read more...

Lunch Delivery 22/4/2010, 23/4/2010, 26/4/2010 & 27/4/2010

Wednesday, April 21, 2010


Pic kat atas ni semalam punya Lunch Delivery


Esok jom try

22/4/2010 (Khamis)
Nasi Putih
Sayur Kobis Masak Lemak
Ikan Kembong Goreng Berlada RM5.00

23/4/2010 (Jumaat)
Nasi Putih
Ayam Masak Merah
Sup Sayur camput Kentang RM5.00

26/4/2010 (Isnin)
Nasi Putih
Sambal Udang
Sayur Kacang Goreng RM5.00

27/4/2010 (Selasa)
Mee/Mihun Kari
Pencuci Mulut RM5.00



Nak order email syiradam.resources@gmail.com / call 012 9766545 (Baby)

Read more...

Lunch Delivery 21/4/2010

Trylah kalau nak tahu best ke tak

Menu lunch delivery for 21/4/2010 - Nasi Putih, Asam Pedas Ikan Selar+Bendi & Bunga Kantan, Sayur Pak Choy + Tauhu Jepun, Sambal Belacan + Ulam Kacang Botol & Timun

Read more...

Jom Tapau

Wednesday, April 14, 2010


Good News kepada korang2 yg malas nak keluar opis beli makanan. Korang hanya perlu call / sms/ email je pesanan korang pastue korang duduk tunggu je kat opis. Makanan akan sampai terus ke tempat korang. So tunggu apa lagi call/sms lah ke 012 9766545

Read more...

Chill and Relax

Monday, April 12, 2010

Aries Angels with Virgo Prince

Anak buah aku yang sulong - Syira

Ella and family together with Sabhi Saddi

Artis baru dari Segambut-Nolin and Lina. Serba boleh mcm2 suara bole jadi. Nak suara awie pon bole heheheh
Nilah geng-geng yang meraikan birthday kak fion

Kami dah makan dulu sblm Kak Fion sampai...tulah sape suh Kak Fion lambat

Time nih Kak Fion sangat teruja and she's speechless...hahahaha we love ya sista'

Chicken chop yang sedap


Lama gila x update blog. Sbnrnya byk benda nak cerita tapi line tenet ni selalu mematikan mood aku nak mengupdate. Hari ni terasa nak buat entry so aku pun upload le picture2 suprise party Kak Fiona yang aku dan geng2 arranged. Sebenarnya ni short notice punya plan. Tp yg best tue we all managed to get Sabhi Saddi as a "SURPRISED" for Kak Fiona. Sampai tergamam dia hahahaha. Nampak Kak Fion memang really enjoy the day kitorang pon sama. Anyway Sabhi Saddi memang best!

Read more...

MACAM MACAM

Wednesday, September 30, 2009

Yg comel kat atas ni Ecah. Anak adik aku.

Yg ni lak Ahmad Danish




Yang atas ni pic Mak Long kesayangan aku. Mak Long dah tak berapa sihat. Sedih aku tgk dia. Satu ketika dulu dialah yang selalu manjakan aku.

Yang hensem atas ni anak kak long aku, Adam Iskandar.






Hmm lama giler takupdate blog. Sangat2 busy dan ditambah lagi dengan kemalasan yang melanda. Ptg ni mcm rajin lak nak update tapi tak tahu nak story apa so aku upload je pic2 ni. Gambar2 ni campur time raya baru2 ni pastu ada gak cket pic time program Konvoi Ramadan Puteri hari tu. Layan jelah....

Read more...

Yesssss.....Again HAFIZ Pelajar Cemerlang.....

Monday, April 27, 2009

Wah sangat seronok tgk Diari INT malam tadi. Kenapa? Its all because of Hafiz dapat Best Student again during the concert last Saturday. Gembiranya........Oh ya, condolence to ARIL Fans and hope ARIL will be success in the real world outside the academy. Long way to go Bro!

Read more...

JIKA ENGKAU PERGI

Friday, April 24, 2009


JIKA ENGKAU PERGI By Imran Ajmain

Bermulanya semua hanya dengan rasa
ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta


Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan

Chorus

Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu


Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata


Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama


Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah





Aku sangat suka lagu dari Imran Ajmain ni. Jatuh cinta sejak tengok cerita YUSOFF kat TV3. Cerita tu pun sangat best. Lakonan Ashraf Muslim dalam cerita Yusoff sangat berbeza dengan watak2 yang pernah dilakonkan sebelum ini. Kematangannya terserlah.

Read more...

Birthday aku...

Saturday, April 18, 2009

Semalam kawan2 opis aku sangatlah berbaik hati celebrate birthday aku. Sbnrnya birthday aku 14hb. kiranya belatedlah ni. Memang dah jd tradisi kitorg kt opis akn sambut birthday kwn2. Simple tp sangat2 aku hargai. Aku syg korang semua. Nanti bln dpn birthday Lin pulak. Kita mkn KFC lg eik....hik3

Boss aku lak cuti semalam. Hmmm....memang sesuai sgtlah nak buat party. Klu ada boss aku xbrpa best nak berjimba...hahaha.....


Ni ler rupe keknye yang bebdk ni sponsor. Sangat comel dan sangat sedap. Wah aku dah 31 tahun. Ishh3...mcm tak caya je. Rasa mcm semlm je aku bru celebrate birthday aku yang ke 17 (wakakakaka)




Read more...

HAFIZ & KONSERT KE 5

Monday, April 13, 2009

To tell the truth aku sebenarnya tak suka lagu Terlanjur Cinta duet Pasha (Ungu) & Rossa tapi last saturday when Hafiz perform the song aku tiba-tiba jatuh chenta kat lagu tue. Baru aku sedar rupa2nya lagu tue sangat2 best. Tambahan lagi HAfiz yang perform lagu tue. Cuak gak time tgk persembahan Hafiz malam tue. Yelah dia duet dgn Mila. Takut2 Mila sumbang lak malam tue. Tapi ternyata gandingan mereka tak menghampakan. Sangat sedap dan sangat teruja untuk menonton persembahan dorang sampai habis. Sangat loving.

Hafiz memang best!

Read more...

KONSERT KE 3 AF7

Sunday, March 29, 2009


Konsert malam tadi sekali lagi membuktikan kemampuan HAFIZ, pelajar kelahiran Kuching Sarawak ini mengatasi rakan-rakan yang lain di dalam Akademi Fantasia 7. Terbukti anak kelahiran Kuching ini sememangnya mempunyai bakat semulajadi di dalam bidang nyanyian. Persembahan malam tadi mendapat pujian dari ketiga-tiga pengkritik. Persembahannya yang sederhana mendendangkan lagu 'Mat Disko' nyanyian asal Allahyarham Sudirman Hj Arshad cukup menghiburkan. Memang tidak sia-sia menanti persembahannya kerana dia adalah pelajar terakhir membuat persembahan. Nampak Cikgu-cikgu excited dengan persembahan HAFIZ. Cuma bagi aku konsert malam tadi agak membosankan mungkin kerana pemilihan lagu-lagu yang kurang menyengat. Apapun tahniah untuk HAFIZ dan semoga terpilih sebagai PELAJAR TERBAIK minggu ini.
Peratusan HAFIZ lepas konsert - Ranking Pertama 65%

Read more...

60 EARTH HOUR

Saturday, March 28, 2009

Keadaan rumah aku. Gelap. Cahaya yang ada ni dari laptop aku.

Yang ni lak cahaya dari televisyen





Time aku tulis entry ni keadaan dalam rumah aku tgh bergelap. Yelah dah lama aku tunggu nak bersama2 dgn kempen 60 Earth Hour ni. Bersemangat tau. Bagi chance kat Bumi nak bernafas. Apa pun seronok gak bergelap sekali-sekala ni. Kat taman aku nih pun semua semangat tutup lampu. Bagus gak kempen macam ni kan. Bumi kita ni dah tak tahan nak tanggung akibat dari global warming nih. Hmmmm bernafaslah bumi sepuasnya......

Read more...

JALAN JALAN PUTRAJAYA.....CRUISE PUTRAJAYA

Yang kat belakang tue adik dgn kak long aku

Istana hinggap Sultan Selangor

Jambatan ke PICC. Apa ntah nama jambatan ni aku dh lupe...




Yang tak nampak muka ni Bonda aku

Pejabat PM


Pic dalam cruise lagi

Pemandangan Masjid Putrajaya dari tasik Putrajaya


Time ni cruise baru nak gerak



Sorilah korang. Jangan betulkan leher anda. Pic ni aku lupe nak edit before upload so nilah hasilnya.


Ni pic dalam Cruise Putrajaya
Ni pic lunch aku. Aku makan chicken chop. Udang tue Kak Long punya. Sekor udang besar tue RM15. Kak Long menang hantu udang so aku tak heranlah kalau dia tak kisah pun bli udang mahal cam tue.
Ni pic Baby dgn Kak Chik

Yang ni lak Kakak. Tgh Lapar tue.


Kadang-kadang habiskan masa beriadah dengan family memang best. Time hari Valentine baru-baru ni aku berkesempatan menghabiskan hujung minggu aku dengan family. Kitorang tak gi mana pun. Sekadar ronda-ronda di Putrajaya. Mula-mula pusing2 Alamanda. Bawak anak2 buah aku makan Baskins Robbins kat sana. Pastue Kak Long ajak pusing2 Putrajaya. Mak aku kata dia nak singgah solat kat Masjid Putrajaya. Pastue kitorang gi ronda2 kt tasik Putrajaya. Naik Cruise. Pusing tasik. Lepas naik Cruise perut lak lapar. Lunch kat situ. Balik rumah budak2 ni pun dah kepenatan.
Kadang2 menghabiskan masa bersama keluarga dengan cara macam tue pun menyeronokkan. Tak caya korang trylah.....

















Read more...

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP