KONSERT KE 3 AF7

Sunday, March 29, 2009


Konsert malam tadi sekali lagi membuktikan kemampuan HAFIZ, pelajar kelahiran Kuching Sarawak ini mengatasi rakan-rakan yang lain di dalam Akademi Fantasia 7. Terbukti anak kelahiran Kuching ini sememangnya mempunyai bakat semulajadi di dalam bidang nyanyian. Persembahan malam tadi mendapat pujian dari ketiga-tiga pengkritik. Persembahannya yang sederhana mendendangkan lagu 'Mat Disko' nyanyian asal Allahyarham Sudirman Hj Arshad cukup menghiburkan. Memang tidak sia-sia menanti persembahannya kerana dia adalah pelajar terakhir membuat persembahan. Nampak Cikgu-cikgu excited dengan persembahan HAFIZ. Cuma bagi aku konsert malam tadi agak membosankan mungkin kerana pemilihan lagu-lagu yang kurang menyengat. Apapun tahniah untuk HAFIZ dan semoga terpilih sebagai PELAJAR TERBAIK minggu ini.
Peratusan HAFIZ lepas konsert - Ranking Pertama 65%

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP