Lunch time tadi aku sempat gak le merayau-rayau kat laman siber ni. Aku jenguk blog Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo,
http://www.drkhir.blogspot.com/ /
http://www.drkhir.com/. Tak banyak lagi artikel yg ada kat situ. Masih baru lagi tapi apa yang aku pasti dia pun start tulis blog selepas apa yang dialami dalam Pilihanraya ke 12 yang lalu.
Apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah sebenarnya kalau dari dulu lagi semua pihak ambil berat tentang apa yang ditulis oleh bloggers mungkin masalah tak seteruk apa yang terpaksa dihadapi sekarang. Selama ni kerajaan pandang sepi pada bloggers dan suara mereka tapi bila corak politik di Malaysia dilanda 'Tsunami' maka barulah 'boss2 besar' mula jenguk blog2 yang ada.
Aku rajin gak le pantau blog dan web yang ada ni dan kebanyakkan blog-blog ni ditulis oleh mereka-mereka yang tidak menyokong kerajaan dan UMNO. Aku hairan gak masa PRU12 hari tue takde pun satu blog atau web atau apa2 ajelah yang ditulis oleh kerajaan atau orang-orang UMNO untuk tujuan membalas serangan-serangan daripada mereka-mereka yang anti-kerajaan.
Dimanakah mereka-mereka ini atau adakah saluran mereka untuk membalas serangan disekat seperti apa yang ditulis oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khalid Nordin???
Read more...