Dalam Kenangan

Friday, March 21, 2008


Lama betul tak menulis kat blog ni. Aku sebenarnya busy sesangat dengan urusan kerja yang tak pernah habis dan dengan urusan lain-lain lagi yang memerlukan perhatian yang lebih. Bila sampai rumah je badan pun dah letih, nak mengadap laptop pun dah malas sesangat. Hmmm...lupakan jap pasal ke'busy'an aku tuh yang tak pernah sudah.

18hb Mac bersamaan hari Selasa merupakan last day member opis aku Rahim bersama dengan kitorang kat HR Dept tue. Mamat ni dapat offer keje kat Parlimen. Rezeki dia. Sebenarnya tak plan pun nak buat farewell utk dia coz ramai yang takde kat opis tue tp aku rasa macam tk best lak sebabnya dia pun boleh dikatakan lama gak dengan team kitorang. So aku pun ambil initiative sendiri untuk buat majlis yang tak seberapa tue. Aku pakat dengan Jijah and Murali.

Alah bukan beli apa pun setakat belanja dia KFC dan kek je. Almaklumlah yang ada kat opis time tue cume kami ber 5 je. Bagi aku majlis besar2 tak penting apa yang penting sejauh mana kita ikhlas dan hargai teman kita itu yang penting. Lepas majlis tue aku tgk Rahim pun macam terharu and dia speechless. Mungkin dia tak sangka yang kitorang tetap buat majlis untuk dia walaupun boss takde dan kami hanya tinggal ber 5.

Untuk Rahim semoga dia terus suksess dengan karier yang dia pilih dan kami semua rindukan keriuhan dia waktu pagi dan petang. Aku punya turn tak tau le bila agaknya.......penat dah dok cari keje lain.......rezeki takde............




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP