Taklimat Penerangan UMNO

Wednesday, January 23, 2008


Petang semalam aku gi PWTC. Ada taklimat Penerangan Bersama YAB Presiden UMNO. Byk yg disampaikan dalam taklimat tu. Aku gi dgn Nolin, Kak fiona n Kak Normi. Actually G5 yg kena attend tp nmpknya hnya aku dan Kak Fion jelah G5 yg ada.

Duduk lama sgt kt dlm dewan tu buat punggung aku sakit. Ntahlah aku skrg ni bkn blh duduk lama2 sgt or brdiri lama2 sgt. Dah veteran kot. Ntahlah.

Read more...

Monday Blues

Monday, January 21, 2008

Hari ni hari isnin. Biasalah kalau ari isnin memang ada malas sikit nak gi keje. lagipun aku rasa tak berapa sihat sgt arini. mcm nk demam. kat opis arini mcm biasalah. dah start nk wat salary untuk end January tp this week n next week keje xlah stress sgt coz big boss aku gi holiday kat Melbourne.

Mlm ni ada meeting ajk puteri bhgn lak. rsa mcm malas nak pegi tp kna pegi gak coz aku ni secretary. agenda semua kt tangan aku. ketua puteri aku ni mmg ska buat miting last minute. nasiblah aku ni efisyen.

hmmmm nk stop kat sini dlu. aku nk tgk SpaQ.

Read more...

Hilang

Thursday, January 17, 2008

Zaman aku kecik2 dulu aku rasa indah sangat. Takde masalah nak main kat mana2 pun. Gi sekolah jalan kaki selamba je tapi sekarang ni aku rasa kanak2 hidup mereka tak sebebas aku dulu. yelah dengan masalah sosial yang byk giler skang ni mengamcam keamanan kanak2 sejagat. anak buah aku pn aku tak bagi dorang kuar sesuka hati. Nak gi kedai pun kena ada escort. Biasanya aku suruh adik2 aku yg temankan dorang.

Kepada ibu bapa yang ada anak2 yang masih kecil dan tak berapa nk faham lagi tentang kehidupan aku mintak sgt2 tolonglah jaga dorang elok2. bila dah jadi mcm kes Adik Nurin or yagn terbaru Adik Sharlinie baru nk nagis. masa tu dah tkde mknanya lagi. Ambil kes yang dh berlaku sbg iktibar. Jgn pernah leka menjaga anak2.

kalau blh jgn biarkan dorang gi psr mlm sorg2 atau dgn kwn2 walaupun satu ketika dulu benda tu dah biasa dia buat sndri. Malang tk berbau. Lebih baik mencegah daripada merawat.

Kepada ibu bapa Adik Sharlinie semoga tabah mengahadpi ujian dan dugaan daripada Allah SWT. Usaha, doa dan tawakkal pada Allah semoga ditemukan segera dengan Sharlinie.

Kepada ibu bapa yg tetiba je trsinggah kt blog aku ni "SAYANGILAH ANAK ANDA".

Read more...

Wednesday, January 16, 2008

Minggu lepas adalah minggu memenatkan. aku kerja mcm orang gile. mana nk siapkan payroll utk mid month salary, time tu gaklah auditor dtg nk audit. semua aku yg kena handle tp aku bangga sgt coz akhirnya berjaya gak selesaikan sndri. walaupun sedikit kelam kabut tp yg penting aku belajar byk benda baru dan aku rsa apa yg aku bejajar tu semuanya bergna untu masa dpn.

aku rsa aku nk stoip dululah. mata aku dh ngntok tahap GABAN. dh xleh nk buka luas2 lak. silap2 kang tertdo dpn laptop lak aku ni kang.

Read more...

Puisi Buat Ibu


Ibu Permata hatiku
Permata yang paling berharga
Penawar dikala duka
Peneman dikala sepi
Kasihmu ibu tidak terhingga
Membawa hingga ke syurga
Hanyalah kasihmu yang keperlu
Tanpamu ibu gelaplah duniaku
Duhai ibuku sayang
Takkan kubiarkan kau berhati walang
Kan ku gapai bintang di langit
Andai ia mampu buatmu bahagia
Hanya kaulah ibuku
Tiada dua atau tiga
Kasihmu ibu tiada tandingnya
Subur mewangi sepanjang masa
Duhai ibuku sayang
Pengorbananmu dalam mendidik dan membesarkanku
Tak mungkin terbalas hingga akhir hayatku


Dialah ibu, emak, ummi, mama
Berbeza panggilan namun maknanya tetap satu
Dialah WANITA yang terAGUNG dalam hidupku

Read more...

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP